Sukan Paralimpik Musim Panas 1984

Sukan Paralimpik Musim Panas 1984 (nama rasmi bahasa Inggeris: 1984 International Games for the Disabled) ialah acara Sukan Paralimpik ketujuh yang diadakan. Temasya ini dianjurkan di dua tempat berbeza: di Stoke Mandeville, United Kingdom bagi atlet berkerusi roda dengan kecacatan saraf tunjang, dan Kompleks Olahraga Mitchel serta Universiti Hofstra di Long Island, New York, Amerika Syarikat bagi atlet berkerusi roda akibat palsi serebrum, atlet beranggota palsu dan atlet dengan kecacatan lain (seperti hilang upaya penglihatan). Stoke Mandeville menjadi bandar hos pendahulu Sukan Paralimpik, Sukan Stoke Mandeville sejak 1948, dengan acara kesembilan di Rom pada 1960 diangkat sebagai pengajuran Sukan Paralimpik pertama.[1]Bersama-sama Sukan Olimpik Musim Panas 1984, Kesatuan Soviet serta negara-negara komunis kecuali China, Jerman Timur, Hungary, Poland and Yugoslavia memboikot temasya ini.[2] Pihak Soviet tidak menyertai Sukan Paralimpik pada ketika itu, dengan menyatakan bahawa Soviet tidak memiliki orang cacat, dan hanya memasuki Paralimpik buat julung kalinya pada kejohanan seterusnya (1988) ketika Perestroika.[3]Ini ialah kali terakhir Sukan Paralimpik diadakan di tempat berbeza dengan Sukan Olimpik, dengan edisi-edisi seterusnya memperlihatkan Sukan Olimpik dan Paralimpik dianjurkan di tempat yang sama.

Sukan Paralimpik Musim Panas 1984

Penyertaan negara 45 (USA)
41 (GBR)
Upacara pembukaan 17 Jun (USA)
22 Julai (GBR)
Penyertaan atlet 1,800 (USA)
1,100 (GBR)
Stadium utama Kompleks Olahraga Mitchel (USA)
Stadium Stoke Mandeville (GBR)
Acara ~300 dalm 15 acara (USA)
603 dalam 10 acara (GBR)
Bandar tuan rumah Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
Stoke Mandeville, United Kingdom
Pembukaan dirasmikan oleh Presiden Ronald Reagan (USA)
Charles, Putera Wales (GBR)
Upacara penutupan 30 Jun (USA)
1 Ogos (GBR)